PSV 970/3



                                                                      Tanya Mariana

Berikut adalah Soalan PSV STPM  bagi Kertas 3
PENGKARYAAN
1 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Keharmonian”. Hasil karya anda
hendaklah menggunakan teknik hard edges dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri.
Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Bagi yang
memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya
tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan
25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.

PENGKARYAAN
2 Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kasih Ibu”. Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif
atau tiga dimensi (3D).
Hasil karya relif hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya tiga dimensi
(3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.
970/3/A1 [Lihat sebelah

PEREKAAN
3 Hasilkan sebuah reka bentuk pembungkusan pada produk kesihatan berasaskan herba tempatan
untuk golongan warga emas.
Reka bentuk tersebut melibatkan reka bentuk kotak yang kreatif, reka letak grafik pada kotak,
dan reka letak grafik pada label botol plastik.
Saiz reka bentuk kotak anda hendaklah yang boleh memuatkan sebiji botol plastik untuk
500 mililiter (ml) isi padu cecair.
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• kajian produk dan pembungkusan
• lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
• lakaran komprehensif
• kajian reka letak, imej, dan tipografi
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah mengandungi
(i) reka bentuk pembungkusan, dengan reka letak grafik dan reka bentuk label bercetak,
yang dilekatkan pada mounting board, dan
(ii) mock-up satu pembungkusan yang mengandungi sebiji botol berlabel.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan reka bentuk dan fungsi
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Nota: Reka bentuk pembungkusan boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian
komputer grafik. Namun demikian, perisian tersebut hanya boleh digunakan
untuk menghasilkan karya akhir sahaja dan calon hendaklah menyatakan perisian
yang digunakan. Penggunaan Clip Art dilarang sama sekali

PEREKAAN
4 Hasilkan sebuah model reka bentuk ketuhar mikrogelombang (microwave oven) yang
mempunyai dwifungsi, iaitu untuk kegunaan harian dan hiasan.
Hasil rekaan hendaklah berukuran tidak melebihi 30 cm panjang, 30 cm lebar, dan 30 cm
tinggi. Calon hendaklah menggunakan bahan yang sesuai untuk membentuk model. Hasil rekaan
hendaklah dibina dengan kukuh dan kemas.
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• kajian maklumat
• kajian ergonomik
• lakaran dan lukisan konsep
• lukisan bentangan berskala
• lukisan terperinci berskala
• lukisan pemasangan
• lukisan lepaan (rendering)
• senarai bahan dan komponen model
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan fungsi dan nilai estetik
• penggunaan bahan dan teknik untuk model
• menepati konsep ergonomik dan ruang
• keaslian dan inovasi
• kemasan