Friday, December 31, 2010

PENGENALAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM mempunyai matlamat untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual bagi membolehkan pelajar mengikuti program Seni Visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi kelak, serta dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya. Sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia.
Terdapat lapan objektif dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM yang dikenalpasti mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam. Perancangan Pengajaran pula melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa pengajaran, termasuklah objektif, langkah- langkah dan strategi. Ia juga melibatkan kurikulum PSV, Huraian Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN.

Dua aspek utama yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah apresiasi Seni Visual dan penghasilan Seni Visual yang terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu, teori Seni Visual (apresiasi Seni Visual dan teori penghasilan),lukisan dan projek penghasilan kerja. Justeru itu, di harap dengan adanya blog PSV STPM ini diharap dapat membantu pelajar mengetahui dengan lebih mendalam apakah kandungan sebenar matapelajaran yang menarik ini.

0 comments:

Post a Comment